Sertai SMS Chat @ AnjungCafe.
Bebas ke mana sahaja dgn bilik celoteh AnjungCafe
Temui kenalan baru anda, di seluruh Malaysia.

SMS CHAT @ AnjungCafe (ver 1.0 beta)

Sekarang Anda boleh membawa ke mana-mana bilik Celoteh AnjungCafe Edisi Tanpa Wayar dgn menggunakan telefon bimbit anda. Lihat Arahan:
 

  1.  Untuk Masuk ke bilik AnjungCafe sila taip:
    AC<jarak>LOGIN<jarak>dan hantar ke 33221**
  2. Untuk Keluar dari bilik AnjungCafe sila taip:
    AC<jarak>LOGOUT<jarak>dan hantar ke 33221**
  3. Untuk menghantar mesej ke semua org, sila taip:
    AC<jarak>p<jarak><mesej anda> dan hantar ke 33221**
  4. Untuk menghantar mesej peribadi, sila taip:
    AC<jarak><Nama><jarak><mesej anda> dan hantar ke 33221++

Rahsia:

No telefon bimbit anda adalah dirahsiakan.Tiada siapa akan ketahui no telefon bimbit anda. Privasi anda adalah dijamin. Sekiranya anda bukan ahli Kenalan AnjungCafe maka, nama tetamu akan digunakan. Sekiranya anda ahli Kenalan AnjungCafe, maka nama samaran anda akan digunakan.

Cara-cara menggunakan SMS CHAT:

Sms chat @ AnjungCafe ini adalah merupakan seumpama sebuah bilik celoteh di alam tanpa wayar. Ianya dapat dimanfaatkan dgn menghubungkan diri anda dengan rakan-rakan di seluruh Malaysia samada anda di dalam perjalanan, sedang menunggu bas, tengah kebosanan atau pun pihak pejabat anda telah menghalang anda dari memasuki chat room kami. Untuk pengentahuan anda, kami mempromosi rangkaian sosial yang bersih.

Anda perlu login terlebih dahulu ke bilik celoteh ini dgn menggunakan kaedah 1. Setelah login, anda akan menerima mesej yang menyatakan anda sekarang telah memasuki bilik ini. Mereka yang telah berada di dalam bilik ini akan menerima mesej dari bilik yang menyatakan anda telah masuk.

Setelah anda menerima pengesahan kemasukkan anda ke bilik Anjungcafe (AC) ini, maka anda bolehlah menghantar mesej kepada semua ahli dgn menggunakan kaedah 3 di atas.

Anda boleh menghubungi rakan-rakan anda secara peribadi dgn melihat nama mereka di mesej-mesej awam. Dgn menggunakan kaedah 4 anda dapat menghantar mesej kepada rakan peribadi anda.

Bilik ini tidak akan mengenakan caj untuk kadar berapa lama anda menetap di dalam bilik AC ini.

Setelah seharian berceloteh di bilik AC ini anda bolehlah keluar dengan menggunakan kaedah 2.

Semoga anda akan berjumpa dgn pasangan idaman anda.


Caj Perkhidmatan:

Setiap mesej awam yang diterima dicaj perkhidmatan sebanyak 30 sen shj.
++Setiap mesej peribadi yang dihantar dicaj perkhidmatan sebanyak 50 sen(Bukan Ahli Kenalan AnjungCafe)/30 sen (Ahli Kenalan AnjungCafe). Untuk mesej peribadi penerima tidak dikenakan caj. Hanyalah penghantar sahaja.
**Mesej berikut dikenakan caj perkhidmatan sebanyak 30 sen/sms.

Penerangan lanjut:

Mesej di sini adalah bermaksud mesej yang dihantar dgn menggunakan kaedah pesanan ringkas(sms).
Mesej Peribadi adalah celoteh secara peribadi, berdua-duaan (Private chat).
Mesej Awam adalah celoteh di khayalak ramai di bilik AnjungCafe ini (Public chat).

Sekiranya terdapat 5 org yang menghuni bilik chat AnjungCafe, mesej awam yang anda hantar akan dikenakan hanyalah 30 sen/mesej sahaja. Ianya tidak pada kiraan harga RM1.50 (30 sen X 5 Org). Walaupun bilik ini dihuni oleh 50 org, mesej awam anda tetap juga dicajkan 30 sen sahaja tanpa mengira anda adalah ahli  atau pun bukan ahli Kenalan AnjungCafe.
50 org X 30 = RM15.00. RM15 tidak akan dicaj sama sekali. Kami hanya mengenakan caj perkhidmatan 30 sen sahaja pada mesej awam tanpa mengira jumlah bilangan penghuni bilik ini.

Caj 50 sen hanya dikenakan kepada bukan ahli untuk penghantaran mesej peribadi tanpa melalui bilik awam. Tetapi sekiranya anda adalah ahli Kenalan AnjungCafe maka mesej peribadi ini hanyalah dicaj sebanyak 30 sen/mesej sahaja.

Sekiranya masih ada keraguan sila hantarkan mesej kepada kami dgn menekan kotak support-Live chat di bahagian bawah laman ini.

Dibuka kepada Celcom, Digi dan Maxis (Malaysia Sahaja).

Pendaftaran ahli biasa AnjungCafe -klik sini.
Pendaftaran ahli Kenalan AnjungCafe - klik sini

Kembali ke AnjungCafe